Minggu, 18 April 2010

petua

Hilangkan karat pada gigi 
Cara untuk menghilangkan karat dari gigi adalah dengan dengan mengambil biji asam jawa, kemudian gorengkan tanpa minyak lalu ditumbuk hingga halus. ambil debunya dan gosokkan pada gigi dengan kain atau berus gigi.Lakukan setiaphari dan InsyaAllah anda akan dapat melihat kesannya.

Legakan Sakit kepala 
Sakit kepala boleh dihilangkan dengan cara mengambil daun lemuni hijau lebih kurang sekilogram dan dimasukkan kedalam sarung bantal. Kemudian tidurlah diatasnya selama dua tiga hari. InsyaAllah sakit kepala anda akan berkurangan dan anda akan berasa segar.

Kurangkan kadar kolestrol
Perah sedikit lemon dan campurkan dengan secamca teh minyak zaitun. Amalkan meminumnya dua atau tiga hari sekali atau setiap kali mengmbil makanan berkolestrol tinggi. InsyaAllah kesannya akan dapat dirasai dalam masa seminggu.Ia juga dapat menghilangkan pembentukan selulit.

Kulit Berkedut 
Ambil sebatang lobak merah , bersihkan dan parut, setelah itu campurkan sebiji kuning telur dan secamca besar tepung jagung. Bahan ini dikacau hingg sebati , setelah itu bolehlah dilumurkan pada kulit muka. Lakukan sekali sehari pada waktu malam. Cucilah muka ketika hendak tidur dengan air suam. Amalkan Selalu insyaallah berkesan.

Sakit Gigi 
Ambil sebatang serai dan titik bahagian hujungnya.Salai seketika diatas api dan sewaktu masih suam , gigit pada tempat sakit. InsyaAllah sakit akan berkurangan.

Senggugut
Ambil sembilan biji pinang tua , dibakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam dan minum. Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula kedatangan haid. InsyaAllah mujarab.

Petua Menghentikan Pendarahan 
Ambil tembakau rokok dan tekapkan pada bahagian yang berdarah. Waktu menekapkannya pada luka hindarkan dari terkena air. Hasilnya , insyaAllah darah akan berhenti mengalir dan luka tidak lagi terasa sakit.

Turunkan suhu Badan Bayi
Gunakan 3 jari tangan anda (ibu jari , telunjuk dan jari hantu), baca bismillah dan selawat 3 kali. Masukkan 3 jari tersebut kedalam beras. Genggam dan lepaskan beras dari genggaman kedalam secawan air masak. Biarkan beras yang melekat pada ketiga jari itu, dan makan beras tersebut. Gunakan air yang bercampur dengan beras tadi untuk disapukan kebadan bayi. InsyaAllah suhu badanbayi akan berkurangan.

Hilangkan Kesan Teh
Ambil saja sedikit ubat gigi dan sapu pada kole atau gelas yang ada kesan berkarat dari teh. Ambil sehelai kain bersih dan gosokkan padanya. InsyaAllah kesan teh akan hilang dengan mudah dan gelas atau kole anda tidak akan tercalar.

Elak ikan melekat ketika digoreng 
Seringkah anda menghadapi masalah ketika mengoreng ikan? Anda hanya perlu memasukkan beberapa keping asam keping bersama ikan yang sedang digoreng. Selamat mencuba.

Menjadikan wajah berseri 
Kebiasaannya setiap orang mahukan wajah licin terutamanya kaum wanita. Anda tidak perlukan modal yg besar. Basuh beras dan tuskan airnya. Goreng tanpa minyak hingga hangus kemudian tumbuk halus seperti serbuk. Simpan di dalam botol. Apabila hendak digunakan ambil sedikit dan campurkan dengan air limau nipis. Gosok pada muka dan biarkan kering. Setelah itu cuci muka hingga bersih.

Merawat bengkak usus 
Penyakit bengkak usus jika dibiarkan amat merbahaya. Jika anda ingin merawatnya, potong sebuku kunyit hidup (dimesin), sedikit garam, sedikit gula merah dan sedikit perahan air limau nipis. Campurkan semua bahan didalam segelas air suam dan diminum. Amalkanlah.

Mengilatkan periuk
Untuk mengilatkan periuk anda, ambil sedikit sabun mandi dan lekatkan pada berus periuk. Selepas itu berus periuk tersebut dengan kuat. Akhir sekali bilas dengan air. Pasti periuk kesayangan anda berkilauan.

Menghilangkan jerawat batu 
Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur tiga kali seminggu. Insyaallah jerawat batu anda akan hilang.

Rawatan jika terkena minyak atau air panas
Ambil sedikit kicap dan garam halus. Kemudian sapukan kedua-dua bahan tadi di tempat yg terkena minyak atau air panas. Sebelum itu berselawatlah keatas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali.

Mengelakkan gula dimasuki semut 
Masukkan kulit kayu manis ke dalam bekas simpanan gula. Insyaallah semut akan lari.

Menghilangkan demam campak
Caranya sebelum merebak keseluruh badan, pesakit itu hendaklah diberi minum air kelapa dan kemudian mandikan dengan air kelapa itu (boleh dicampur dengan air).

Karipap lebih rangup
Ramai suri rumah merungut apabila kulit karipap yang mereka buat liat dan keras. Cara mengatasi masalah ini mudah iaitu sebelum mengadun marjerinbersama tepung gandum, panaskan marjerin yang telah disukat bersama 1/2 cawan minyak masak. Biarkan mendidih. Tuangkan minyak tadi kedalam adunan tepung, kemudian ulilah seperti biasa. Dengan ini karipap anda akan rangup dan enak.

Melegakan selsema bayi 
Ambil sebiji kunyit, patahkan, potong atau tumbuk. Kemudian sapukan pada batang hidung bayi anda. Insyaallah jika selalu diamalkan, hidung bayi anda tidak akan tersumbat dan dia akan tidur nyenyak.

Melembutkan daging 
Caranya ialah rebuskan daging yang telah siap dicuci dengan satu camca serbuk soda bikarbonat. Setelah daging lembut bolehlah dicuci dengan air bersih sebelum digunakan untuk memasak sup atau rendang. Juga boleh direbus bersama daun nangka jika tiada serbuk soda.

Menghilangkan parut luka 
Bekas parut yang berwarna hitam selalu mengganggu penampilan kita. Usahlah bimbang, ada cara untuk menghilangkannya. Ambil sebiji ubi kentang dan kukus dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus dan tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering dan bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.

Memudahkan mengopek kerang 
Memakan makanan memanglah suatu yang melazatkan tetapi untuk mengatasi cara pemakanannya adalah suatu yang membosankan dan menyusahkan terutamanya kerang. Suri rumah tentu mengeluh apabila isi rumah ingin memakan atau meratah makanan ini. Di sini ada petua untuk memudahkan mengopek kerang. Caranya ialah apabila anda merebus kerang, campurkan sesudu minyak masak kedalam air rebusan. mudah-mudahan kerang itu akan terbuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya.

Merawat penyakit buasir 
Kebanyakkan kaum lelaki mengalami masalah ini. Cara untuk mengatasinya ialah ambil sebiji kelapa gading yang kecil berwarna kuning, bakar atau panaskan hujungnya. Kemudian tekapkan pada bahagian yang sakit. Lakukan berulang kali sehingga berasa selesa.

Mengatasi bayi demam selepas disuntik 
Bagi ibu yang mempunyai anak dan sering demam setiap kali disuntik, bolehlah mencuba petua ini. Selepas anak anda disuntik, sapukan bawang kecil yang dipotong pada tempat yang disuntik. Seeloknya bawang tersebut hendaklah dibawa setiap kali anda keklinik. Insyaallah dengan cara ini dapat mengatasi demam anak.

Menghilangkan gatal getah keladi 
Sebelum menyiang keladi pastikan tangan tidak basah. Lumurkan beberapa keping asam keping (asam gelugur) pada tangan. Insyaallah tangan tidak gatal lagi. Seperkara lagi semasa menyiang keladi iaitu semasa menanggalkan kulit nipis dibahagian luarnya, janganlah batang keladi direndam dengan air. Setelah siap kesemuanya, barulah dibasuh bersih dan masukkan bersama beberapa keping asam gelugur jika masih terdapat kegatalan.

Mempercepatkan pembekuan agar-agar 
Puding sejuk dan agar-agar kadang-kadang lambat membeku jika terlebih airnya. Untuk mempercepatkan pembekuan, loyangperlu disejukkan didalam peti sejuk tingkat teratas. Apabila cukup sejuk, isikan agar-agar didalamnya. Pasti hasilnya amat memuaskan.

Mengelak kain batik daripada luntur 
Untuk mengelakkan kain batik daripada luntur warnanya dan mudah pudar, eloklah digunakan daun betik agar warna kain tetap cantik dan nampak baru. Caranya ialah ambil beberapa helai daun betik dan rebus bersama air. Ketika air rebusan masih panas, masukkan kain batik dan rendam semalaman. Setelah itu bolehlah dicuci seperti biasa. Insyaallah, kain itu tidak akan luntur lagi.

Memudahkan bayi buang air besar 
Jika bayi anda sukar buang air besar, cubalah ambil sedikit asam jawa dan gaul atau ramas dengan sedikit air biarkan ia agak pekat kemudian sapulah pada bahagian ubun-ubun bayi anda juga pada pusatnya. Cubalah petua ini dan amalkan setiap hari. Insyaallah bayi anda tiada masalah sebu perut.

Cara merawat penyakit panau 
Jika anda ada panau, tentu memalukan. Apatah lagi jika panau ketara pada muka. Cuba petua ini. Ambil sepotong halia, tumbuk lumat kemudian tempelkan pada tempat berpanau. Insyaallah anda akan perolehi hasilnya.

Menghilangkan bau nasi hangit 
Untuk menghilangkan bau nasi hangit, caranya ialah ambil beberapa helai daun limau purut, carik-carikkan dan masukkan di dalam nasi hangit - tutup semula tudung periuk. Pasti nasi berbau harum.

Merawat cirit-birit dan menghilangkannya 
Bagi mereka yang mengalami cirit-birit, bolehlah mengamalkan makan pucuk jambu batu. Caranya: rendam pucuk jambu batu itu di dalam air panas bersama sedikit garam untuk membersih kekotoran pada pucuk jambu itu. Setelah agak layu, bolehlah terus dimakan. Insyaallah perut tidak lagi sakit dan usus-usus berfungsi dengan baik semula.

Menghentikan hidung berdarah 
Cuaca terlalu panas boleh mendatangkan kemudharatan. Antaranya, berlaku pendarahan melalui hidung. Untuk menghentikan segera pendarahan, ambil sehelai daun sirih, gulung hingga kecil dan sumbatkan ke dalam hidung yg berdarah. Insyaallah darah akan cepat berhenti.

Kacang hijau cepat empuk 
Apabila kita merebus kacang hijau, masukkan sedikit minyak ke dalam periuk dan letakkan atas api. Banyakny aminyak masak terletak pada banyaknya kacang hijau yang di rebus. Kalau sekilo kacang, masukkan setengah camca minyak. Insyaallah akan cepatlah empuk, lepas tu bolehlah masukkan santan dan gula seandainya membuat bubur kacang.

Cara membersih botol susu hingga berkilat 
Menghadapi masalah mencuci botol susu terutamanya yang berbentuk unik? Berus yang tercipta khusus pun tidak mampu mencuci hingga ke celahnya. Cubalah petua ini. Masukkan sedikit beras di dalam botol susu, di campur dengan air panas atau sejuk. Goncang-goncang botol susu itu. Hasilnya bukan saja botol bersih, puting susu juga turut hilang dakinya. Petua ini boleh juga di cuba untuk membersihkan botol air plastik yang lain.

madah


Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.
Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu

Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami

Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai

Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

fakta


MATEORIT 
Mateorit yang jatuh di Hoba West, Afrika, pada tahun 1920 merupakan yang terbesar dan paling berat pernah gugur ke bumi. Ia berukuran 2.7 meter panjang dan 2.4 meter lebar dengan jumlah berat 60 tan.

MOTOR ELEKTRIK 
Motor elektrik terkecil di dunia berukuran 0.04sm iaitu lebih kecil daripada kepala jarum peniti, dibina oleh William MCLellan dari Amerika Syarikat. Ia mengandungi 13 bahagian dan pergerakan motor itu hanya boleh dilihat menerusi mikroskop.

UKURAN RED KANGAROO 
Ukuran red kangaroo ketika dilahirkan ialah dua sentimeter, tetapi ia membesar sehingga 2.6 meter panjang. Haiwan itu boleh melompat sejauh lebih 12 meter dalam satu lompatan dan berupaya bergerak dengan kelajuan 48 km sejam.

LOGAM OSMIUM 
Logam osmium adalah bahan yang paling tumpat di dunia iaitu enam kali lebih tumpat daripada emas. Jongkong osmium setebal saiz wang kertas seringgit adalah seberat 2.4 kilogram.

KERETA API PENUMPANG 
Kereta api penumpang terpanjang di dunia berukuran 1,733 meter panjang dicatatkan di Belgium pada tahun 1991. Ia mengandungi 70 buah gerabak, sebuah lokomotif elektrik dan seberat 2,786 tan.

KELAJUAN MAKSIMUM 
Kelajuan maksimum 39,897km sejam yang dicapai oleh Apollo 10 merupakan yang terpantas pernah dicatat manusia. Kelajuan itu 15.4 kali ganda Tupolev Tu-14, pesawat penumpang paling laju di dunia.

BOM ATOM 
Bom atom pertama dibina mengambil masa selama 3 tahun dengan kos AS$3 bilion dan memerlukan saintis, jurutera dan tenaga pekerja yang ramai.

MAJLIS PERTUNANGAN
Upacara menyarung cincin berlian di majlis pertunangan telah dimulakan pada tahun 1475 oleh Archduke Maximilian (Autria) ke jari tunangnya Princess Mary (Burgundy). Ketika itu cincin disarungkan ke jari hantu.

MAHARAJA MOROCCO 
Maharaja Morocco, Moulay Ismail (1672 - 1727) mempunyai 525 anak lelaki dan 342 anak perempuan yang dilahirkan oleh 1,703 orang isterinya.

BERAS
90 peratus pengeluaran beras dunia adalah dari benua Asia dengan China sebagai pengeluar terbesar iaitu 177.7 juta tan metrik berbanding Malaysia 2.17 juta tan metrik.

TAHUN BARU CINA 
Masyarakat Cina memerlukan 600,000 peti limau mandarin untuk merayakan Tahun Baru Cina. Ini bermakna mereka membelanjakan RM12 juta untuk membeli limau sahaja.

PULAU BATU HAIRAN
Pulau Batu Hairan, 65 kilometer ke timur laut Kudat,
Sabah merupakan pulau terbaru wujud di dunia. Pulau
ini mempunyai keluasan 0.77 hektar dan 3.1 meter
tinggi, ditemui pada 14 April 1988.

PAPUA NEW GUINEA 
Papua New Guinea dianggarkan mempunyai 4 juta penduduk, menggunakan paling banyak bahasa di dunia iaitu 869 kesemuanya. Setiap bahasa digunakan oleh lebih 4,000 orang penduduk.

MICROPATENT
Penerbit komersil maklumat hak cipta, MicroPatent, Connecticut, Amerika Syarikat, memiliki koleksi 1,730 CD-ROM yang mengandungi hampir 20 juta halaman senarai pemilik hak cipta utiliti di seluruh Amerika Syarikat

TELEKOM MALAYSIA 
Telekom Malaysia merupakan pengendali utama telekomunikasi di negara ini, mempunyai sebanyak 29,700 kakitangan di seluruh negara. Ia membekalkan kemudahan telefon kepada 2.7 juta penduduk Malaysia; nisbah 15 buah telefon bagi setiap 100 penduduk.

LADANG KUPU-KUPU 
Ladang kupu-kupu Pulau Pinang yang ditubuhkan pada tahun 1986, mengandungi 4,000 ekor kupu-kupu Malaysia terdiri daripada lebih 120 spesies.

KESESAKAN LALU LINTAS 

Kesesakan lalu lintas paling buruk direkodkan pada 12 April 1990 apabila 1.5 juta kenderaan berbaris panjang menyeberang sempadan Jerman Timur dan Jerman Barat.

HUTAN HUJAN TROPIKA
Hutan hujan tropika Malaysia berusia 130 juta tahun dan dipercayai sebagai hutan yang paling tua di dunia. Terdapat sehingga 180 jenis pokok dalam satu hektar hutan tersebut.

GUA GOMANTUNG
Gua Gomantung di Sabah merupakan tempat kediaman lebih sejuta burung layang-layang. Sarang burung itu dieksport ke Hong Kong dan Singapura dengan harga RM8,750 sekilogram untuk dijadikan sup.

PELABUHAN 
Pelabuhan Barat di Pulau Indah berharga RM1.2 bilion mampu mengendalikan 12.1 juta tan kargo setahun. Jumlah sebanyak itu memerlukan masa 10 hingga 12 tahun jika dikendalikan oleh pelabuhan Pasir Gudang dan Pulau Pinang.

SUNGAI RAJANG 
Sungai Rajang di Sarawak merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia, berukuran 563 kilometer. Ukuran tersebut boleh menghubungkan Muar dengan Butterworth.

MENARA KUALA LUMPUR 
Menara Kuala Lumpur merupakan yang tertinggi di Asia dan ketiga di dunia berharga RM250 juta. Ia berukuran 421 meter tinggi, seberat 100,000 tan, menggunakan 45,000 meter padu konkrit, 5,300 tan keluli tetuli tetulang dan 1,300 tan keluli struktur.

KUIL BATU CAVES
Kuil Batu Caves mengandungi sebanyak 364 mata tangga iaitu dari paras bawah hingga ke dalam gua. Jumlah itu akan menjadi sepanjang kira-kira 170 meter jika mata tangga itu diluruskan menjadi satu garisan.

LAPANGAN TERBANG 
Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang yang dijangka beroperasi pada tahun 1998 berupaya mengendali 45 juta penumpang dan juga mampu mengendali sejuta tan kargo setahun.

MENARA PETRONAS 
Menara kembar Petronas KLCC (Kuala Lumpur City Centre) yang setinggi 88 tingkat akan menjadi bangunan tertinggi di dunia, berukuran 450 meter tinggi. Ketinggian ini tiga kali ganda Kompleks Dayabumi.

JAMBATAN 
Jambatan Pulau Pinang (13.8km) merupakan yang terpanjang di Asia dan menduduki tempat ketujuh di dunia, dibuka pada bulan Ogos 1985.

KOMPLEKS RENANG 
Kompleks renang Dewan Bandaraya Ipoh, Perak
merupakan yang terbesar dan paling moden di Asia Tenggara. Kompleks itu juga adalah kolam renang bergelombang pertama di Malaysia.

MINYAK 
Malaysia adalah pengeksport minyak utama di Asia Tenggara dan merupakan negara ke-21 yang mempunyai simpanan minyak terbanyak di dunia, mengeluarkan 610,000 tong minyak sehari.

PROTON
Dalam tempoh sepuluh tahun, Proton menguasai 74 peratus pasaran domestik iaitu kira-kira 500,000 unit di jalan raya Malaysia dan 85,000 unit lagi dieksport ke 18 buah negara temasuk United Kingdom, New Zealand dan Australia.

MINYAK SAWIT 
Malaysia merupakan pengeluar minyak sawit nombor satu dunia, mengeluarkan sebanyak 51 peratus daripada jumlah pengeluaran dunia iaitu sebanyak 7.2 juta tan pada tahun 1994

POKOK GETAH 
Pokok getah tertua Malaysia yang ditanam 119 tahun dahulu masih dapat dilihat di Kuala Kangsar, daerah pertama menanam pokok getah di negara ini.

BANK 
Malaysia memiliki 37 buah bank komersil dengan rangkaian 1,246 cawangan di seluruh negara dan Maybank sebagai bank kemersil terbesar; mempunyai 399 cawangan.
 


Sabda Rasulullah s.a.w :
"Jagalah taqwa kepada Allah, sebab taqwa itu menghimpun segala kebaikan. dan kerjakan lah jihad sebab ia sebagai pertapaan bagi ummat islam dan lazimilah dzikrullah dan membaca al-quran sebab ia cahaya penerangan untukmu di bumi dan sebutan nama mu di langit. dan jagalah lidahmun kecuali dalam kebaikan sebab dengan itu dapat mengalahkan syaitan."
Sabda Rasulullah lagi :
4 sifat yang tidak terdapat kecuali pada orang mukmin iaitu:-
1.Diam dan ini ibadat yang pertama
2.Tawaduk
3.Zikrullah atau berzikir
4.Tidak berbuat kejahatan
Seorang hakim berkata : 6 sifat yang menunjukkan kebodohan iaitu:-
1.Marah tidak pada tempatnya
2.Bicara yang tidak berguna, kerana itu seorang yang berakal tidak berbicara kecuali jika penting dan berguna
3.Pemberian yang tidak pada tempatnya
4.Membuka rahsia kepada semua orang
5.Percaya kepada semua orang
6.Tidak membezakan antara kawan dan lawan kerana itu kita harus mengetahui siapa musuh dan siapa kawan. Kawan untuk di taati dan musuh untuk di awasi dan musuh yang utama ialah syaitan, yang benar-benar harus di jauhi.
Rasulullah bersabda:
" 5 sifat yang tidak terdapat pada orang munafik.
1.Pengertian agama,
2.Berhati-hati dalam lidah,
3.Senyum di muka,
4.Nur ( terang) dalam hati
5.Cinta kepada kaum muslimin.
Yakya bin Aksam berkata :
"tiada seorang yang baik perkataannya melainkan akan tampak dalam semua amalnya dan tiada rosak perkataan seseorang melainkan akan tampak dalam semua amal perbuatannya."
Lukhman al-hakim berkata kepada puteranya: hai anak, siapa yang bersahabat pada seseorang yang jahat tidak selamat. dan siapa yang masuk di tempat yang jelek akan tertuduh. dan siapa yang tidak dapat menahan lidahnya akan menyesal.

Seorang hakim berkata :
Diam mengandungi 7,000 kebaikan dan tersimpul dalam 7 kalimat dalam tiap kalimat seribu.
1. Diam itu ibadat tanpa susah payah
2. Perhiasan tanpa berkias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa minta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Menutup segala aib juga di sebut diam itu keindahanh bagi orang alim dan penutup bagi yang bodoh.
Jasmani Anak Adam
Jasmani anak adam terbahagi kepada 3 iaitu hati, lidah dan anggota badan. Allah telah memuliakan setiap bahagian tersebut, hati di muliakan dengan ma'rifat dan tauhid. Lidah di muliakan dengan kalimah syahadah dan membaca al-quran. Dan anggota badan yang lain di muliakan dengan sembahyang, puasa dan ibadat2 lain. dan allah menyerahkan bahagian2 itu pada pengawas dan pengawal di mana hati di awasi oleh Allah sendiri sehingga tiada yang mengetahui apa yang di dalam hati. lidah pula di serahkan kepada malaikat raqib dan atiq.tiada melepas sepatah kata melainkan padanya pencatat raqib dan atiq.anggota badan yang lain pula di serahkan kepada perintah dan larangan dan masing2 di minta menepati dan jujur. Maka kejujuran hati ialah tetap beriman. Kejujuran lidah tidak berdusta dan tidak membicarakan apa-apa yang bukan kepentingannya.Dan kejujuran anggota badan tidak digunakan untuk maksiat dan tidak menganggu orang muslim. Maka siapa yang tidak jujur hatinya bererti munafik dan siapa yang tergelincir lidahnya maka ia kafir dan siapa yang tergelincir anggota badan maka ia maksiat (berdosa).
Umar bin Alkhattab r.a berkata hai pemuda jika engkau dapat menjaga 3 macam bahaya maka engkau terhindar dari bahaya kepemudaanmu iaitu jika engkau menjaga lidahmu, kemaluanmu dan perutmu.
Luqman Alhakim
Luqman Alhakim menceritakan kisah seorang hamba yang disuruh oleh tuannya menyembelih kambing dan menyediakan hidangan dari bahagian kambing yang paling baik. Maka hamba tersebut menghidangkan hati dan lidah. Keesokkan hari nya, tuan tersebut menyuruh hamba menyembelih kambing lagi seekor dan menghidangkan bahagian yang paling busuk maka hamba tadi menghidangkan hati dan lidah.Tuan tersebut hairan meminta penjelasan dari hambanya.Hamba tersebut menjawab di dalam badan tidak ada yang lebih baik dari hati dan lidah dan bahagian yang paling busuk juga adalah hati dan lidah.
Muadz r.a
Muadz r.a pernah meminta nasihat dari rasulullah s..a.w maka rasulullah berkata jagalah lidahmu kerana ramai orang yang terjerumus ke dalam neraka jahanam tidak lain hanya hasil dari lidahnya.
Sufyan Atstsauri berkata:
Bila saya melempar seorang dengan anak panah maka itu adalah lebih baik bagiku dari melemparnya dengan lidahku sebab lemparan lidah tidak pernah luput.
Abu Said Alkhudri r.a berkata :
Tiap pagi anggota badan anak Adam berpesan kepada lidah, hai lidah kami tuntut engkau dengan nama Allah, jujur-jujurlah sebab bila engkau jujur maka selamat kami semua dan bila engkau curang maka kami celaka.
Nabi Isa a.s berkata :
Jangan banyak bicara selain zikir kepada Allah, sebab banyak bicara menyebabkan beku hati dan hati yang beku itu jauh dari Allah tetapi engkau tidak mengetahuinya.
Seorang sahabat berkata:
Jika engkau merasa keras hatimu dan lemah badanmu dan berkurang rezekimu maka ketahuilah bahwa engkau telah bicara yang bukan kepentinganmu.
Khasiat wudhu' sebelum tidur 

(1) Rasulullahi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu') maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap Allahumagh fir li abdika fulani fa innahu bata thaahirah "(Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci) ". (HSR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar r.a.)
Penjelasan : Seseorang yang berwudhu' sebelum tidur, maka ia tidur didalam keadaan suci dan apabila kemudian ia bangun, maka malaikat turut membacakan doa untuk memintakan ampun orang tersebut dari Allah SWT. Dengan hadits ini Rasulullah s.a.w. memberikan semangat kepada kita supaya berwudhu' sebelum tidur kerana Allah adalah Zat yang Maha Suci dan mencintai kesucian. Oleh kerana itu, orang yang berwudhu' sebelum tidur adalah orang-orang yang memenuhi panggilan Allah ini, iaitu menjaga kesucian.

(2) Baginda Rasulillah s.a.w. bersabda: "Syaithan mengikat tengkuk salah seorang diantara kamu ketika ia tidur dengan 3 ikatan. Kemudian syaithan itu meniup tiap-tiap ikatan dengan ucapan masih panjang waktu malam, kerana itu teruslah tidur. Apabila ternyata ia bangun lalu dia mengingati Allah, nescaya ikatannya itu akan terlepas. Jika ia berwudhu' maka akan terlepas satu lagi ikatan dan jika ia sholat, maka akan terlepas pulalah seluruh ikatan sehingga ia bangun dengan badan yang bersih serta semangat yang segar. Tetapi jika dia tidak bangun, maka perasaannya menjadi lemah lagi malas". (HSR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a)
Penjelasan : Setiap orang yang merebahkan dirinya untuk tidur, maka pada saat itu syaithan akan mengikat 3 simpul talinya pada diri yang bersangkutan . Apabila ternyata orang itu terus tidur sampai kewaktu pagi bererti syaithan itu berhasil, tetapi apabila ia bangun ditengah malam, kemudian dia ingat kepada Allah, maka ikatan syaithan tersebut terlepas dan apabila ia kemudian berwudhu' maka ikatan tali syaithan yang kedua terlepas. Dan jika ia kemudian berdiri untuk solat malam, maka lepaslah seluruh ikatan tali syaithan tersebut dan orang semacam ini akan menikmati kesegaran badan dan kesegaran rohani pada pagi harinya, sehingga rasa malas menjadi hilang. Semoga kita mendapat hidayah dari sabda yang mulia Baginda Rasulullah s.a.w. ...insya-Allah...
Sahabat Sejati : Pesanan Al-Qamah kepada Puteranya

Al-qamah pernah memberikan wasiat kepada puteranya...dan ia berkata..
"Hai anakku, jikalau engkau merasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka pilihlah yang mempunyai sifat-sifat ini, iaitu jikalau engkau melayaninya, ia suka melindungimu,jikalau engkau sahabat dia, ia akan merupakan hiasan bagi dirimu dan jikalau engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, ia gemar pula mencukupi kekuranganmu"
Galakkan Islam
Islam menggalakkan kita memilih sahabat dari kalangan mereka yang mempunyai tahap keimanan dan ketakwaan kepada Allah yang tinggi...dalam sebuah hadis...(maaf, ana tak ingat riwayat siapa) ada mengatakan...pilihlah sahabat yang apabila kita meminta bantuan..dia akan memberikan jasa baiknya dengan rasa terharu....dan jika ia mengetahui keaiban diri kita..dia akan berusaha untuk menutupnya....Dan juga pilihlah sahabat yang apabila kita diam...dia akan menyapa kita terlebih dahulu....dan seorang sahabat sejati akan meringankan kesusahan yang kita alami...dan menghiburkan hati kita apabila kita dilanda kesedihan.....
Pesanan Alqamah pada puteranya ....
Hai anakku...jikalau engkau merasa perlu untuk bersahabat...pilihlah di kalangan mereka yang apabila engkau berkata-kata, dia akan menegur dirimu apabila kata-katamu itu tidak benar...jikalau engkau berselisih faham dengannya...ia akan mengalah untuk kepentinganmu.."
Saiyidina Ali pernah berkata..
"Saudaramu yang sebenar-benarnya ialah orang yang ada di sampingmu..Ia suka menerjunkan dirinya sendiri dalam bahaya demi untuk kemanfaatan dirimu...."
Dalam hal bersahabat ini juga....ada di ceritakan mengenai Luqman dan anaknya... kata Luqman.." hai anakku, duduklah rapat-rapat dengan para alim ulama, eratkanlah dirimu dengan kedua lututnya, kerana hati nurani itu dapat hidup dengan adanya hikmat sebagaimana hidupnya bumi yang mati dengan sebab adanya hujan yang lebat"
Dalam pergaulan seharian kita, sahabat-sahabat adalah penting...namun
begitu, adakah sahabat sedemikian rupa akan atau telah kita temui pada masa ini? InsyaaAllah, sama-samalah kita perbaiki diri....moga-moga...kita akan menjadi sahabat yang sejati...yang dicintai.....dan dikasihi....aminn.
Sangka-sangka

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu yang masam itu keranan mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
Jauhi sikap suka bersangka-sangaka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api..
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya

abah ummi dan liya






Sabtu, 17 April 2010

dengan berzikir dap hati


Hati ibarat permata atau jauhar. Sekiranya elok dan bersih hati seseorang anak adam itu maka eloklah seluruh anggotanya. Jika buruk hati seseorang anak adam itu maka rosaklah seluruh anggotanya.

Hati ibarat raja yang memerintah anggota-anggota lain didalam badan. Anggota-anggota ini termasuklah tangan, mata,telinga diibaratkan sebagai tenteranya.

Perbuatan seseorang itu bergantung kepada hatinya. Sekiranya hati itu menyuruh ke jalan kebaikan maka anggota itu akan bertindak ke arah kebaikan. Begitu juga sebaliknya.

Allah SWT melihat hambanya pada zahir dan batin. Walaupun pada zahirnya seseorang hamba melakukan ibadat, namun Allah SWT melihat kepada batinnya. Ia itu sama ada hati hambanya ikhlas atau tidak semasa melakukan ibadat tersebut.

Janganlah menyangka bahawa seseorang yang memakai serban dan jubah, dengan wajahnya ada janggut yang kemas melambangkan kewarakan seseorang itu. Bagi kita mungkin percaya orang ini alim. Tetapi perlulah kita ingat dan sedar bahawa sekiranya hati orang ini tidak ikhlas beribadat, mempunyai sifat-sifat seperti ujub, riak dan sombong, maka sifat-sifat adalah penyakit hati yang akan merosakkan ibadatnya.

Hati yang dimaksudkan adalah hati kecil kita iaitu hati sanubari. Hati sekiranya tidak dibersihkan dengan zikirullah akan hilang cahayanya atau nur. Sekiranya hati bersih ibarat permata yang cahaya/nur terpancar di wajah anak adam itu.

Allah SWT memandang hambanya bukan kepada kecantikan, kekayaan mahupun kekuasaannya didunia tetapi kepada amalannya yang ikhlas dan hati hambanya yang bersih.

Orang yang dalam hatinya terpancar keimanan kukuh, akan selalu berusaha sepanjang usianya untuk bertaqarub kepada Allah SWT kerana didorong rasa cinta mendalam terhadapnya. Kasih sayang dan kecintaan kepada Allah SWT menjadikan seseorang itu sentiasa rindu kepadaNya.

Ditegaskan IBN TAIMIYAH:

"ZIKIR BAGI HATI ADALAH UMPAMA AIR BAGI IKAN, BAGAIMANA KEADAAN IKAN APABILA BERPISAH DARIPADA AIR?"

Inilah gambaran orang beriman, yakin percaya kepada Allah SWT dan menginsafkan diri tidak lebih sebagai seorang hamba yang sangat lemah selama ini menerima nikmat Allah SWT tidak terhitung banyaknya.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud:

"WAHAI ORANG BERIMAN, (UNTUK BERSYUKUR KEPADA ALLAH ) INGATLAH SERTA SEBUTLAH NAMA ALLAH DENGAN INGATAN SERTA SEBUTAN YG SEBANYAK-BANYAKNYA; DAN BERTASBIHLAH KAMU KEPADA-NYA PADA WAKTU PAGI DAN PETANG" (SURAH AL-AHZAB :41-42)

Ditegaskan oleh AL-IMAM AN-NAWAWI bahawa .....ZIKIR TIDAK TERBATAS KEPADA TASBIH, TAHLIL, TAKBIR DAN LAIN-LAIN ZIKIR LISAN, MEREKA YANG BEKERJA KERANA ALLAH SWT JUGA ORANG YANG BERZIKIR KEPADA ALLAH SWT.

Zikir terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Zikit Hati, Lidah dan Anggota.

1. Zikir Hati memikirkan keagungan dan kebesaran Allah SWT di bumi, langit dan seluruh kejadian makhluknya.

2. Zikir Lidah pula melantunkan pujian kepada Allah SWT mensyukuri nikmat kurniaNya, menyeru masyarakat ke arah ajaran Islam, menerangkan kebaikan syarak, menjelaskan hikmah pada perintah dan larangan Allah SWT, memberi nasihat kepada sesama Islam.

3. Zikir Anggota pula menggunakan anggota badan untuk melakukan amalan ketaatan, sama ada dalam bentuk melakukan segala suruhan atau meninggalkan segala larangan Allah SWT.
Orang yang lupa atau lalai kepada Allah SWT, hatinya selalu dirundung resah gelisah, tenggelam dalam kebimbangan dan sengaja meletakkan dirinya di tempat mengundang kemurkaan Allah SWT lantaran tidak rasa bersalah terhadap kemungkaran dilakukan.
Lupa kepada Allah SWT menandakan hati seseorang itu sudah berkarat dengan sifat mazmumah yang sangat keji.

Orang beriman tidak akan membiarkan hatinya berkarat dan penuh dengan kekotoran, ia akan sentiasa mengilap hatinya dengan berzikir kepada Allah SWT.
IBNU AL-QAYYIM AL-JAUZIYAH pernah berkata:

“TIDAK DIMUNGKIRI BAHAWA HATI ITU DAPAT BERKARAT SEPERTI BERKARATNYA BESI DAN PERAK. ALAT YANG DAPAT MEMBERSIHKAN HATI BERKARAT ADALAH ZIKIR. ZIKIR DAPAT MEMBERSIHKAN HATI BERKARAT SEHINGGA DAPAT BERUBAH MENJADI BENING SEPERTI CERMIN YANG BERSIH. APABILA SESEORANG MENINGGALKAN ZIKIR, HATINYA AKAN BERKARAT. DAN APABILA IA BERZIKIR, HATINYA AKAN BERSIH".

Sesungguhnya seseorang yang lalai daripada mengingati Allah SWT bermakna dirinya dihinggapi penyakit sombong, lupa asal kejadian diri sebagai makhluk lemah yang diciptakan semata-mata supaya mengabdikan diri kepada Allah SWT dan mewarisi sifat orang munafik.
Firman ALLAH SWT yang bermaksud:

"SESUNGGUHNYA ORANG MUNAFIK ITU MENIPU ALLAH DAN ALLAH AKAN MEMBALAS TIPUAN MEREKA. DAN, APABILA MEREKA BERDIRI UNTUK SOLAT, MEREKA BERDIRI DENGAN MALAS. MEREKA BERMAKSUD RIAK (DENGAN SOLAT) DI HADAPAN MANUSIA. DAN, TIDAKLAH MEREKA MENYEBUT ALLAH, KECUALI SEDIKIT SEKALI". (SURAH AN-NISA: 142)

Orang yang memperbanyakkan zikir, dosanya akan diampun sekali gus mendapat ganjaran pahala besar seperti firman Allah SWT yang bermaksud:

"LELAKI DAN PEREMPUAN YANG BANYAK MENYEBUT (NAMA) ALLAH, AKU SUDAH MENYEDIAKAN UNTUK MEREKA AMPUNAN DAN PAHALA YG BESAR". (SURAH AL-AHZAB : 35)

Firman ALLAH SWT yang bermaksud:

"INGATLAH, HANYA DENGAN MENGINGATI ALLAH HATI MENJADI TENTERAM". (SURAH AL-RA'AD : 28)

Jangan sibuk dengan urusan lupa kepada Allah SWT. Sesunggu Allah SWT melarang keras seseorang memiliki sifat lalai seperti ditegaskan firman Allah SWT bermaksud:

"JANGANLAH KAMU TERMASUK ORANG-ORANG YANG LALAI". (SURAH AL-A'RAF : 205)

taubat sebelum terlambat


sumber yg berguna dr blog lmuan~~~~http://resepirahsiaku.blogspot.com/


Taubat sebelum terlambat. Mungkin esok atau bila-bila masa saja Malaikat Izrail boleh mengambil nyawa kita. Bayangkan kalau diri kita dipenuhi dengan segala dosa besar atau sekecil zarah.

Pernah dulu ada seorang kawan yang sama-sama berkhidmat dalam tentera. Beliau berkata...

"Segala dosa besar dia pernah buat semasa dalam perkhidmatan. Adakah Allah SWT akan mengampunkan dosanya"

Jadi aku pun berkata kepadanya! Kalau dibanding dengan kisah seorang hamba Allah pada zaman Rasulullah SAW, dosa dia lagi banyak dan lebih dasyat perbuatannya masa hidup tapi Allah SWT ampun juga.

Pada zaman Rasulullah SAW, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur selepas jenazah baru ditanam ditanah perkuburan. Hamba Allah ini akan mencuri kain-kain kapan dari jenazah dan dijual untuk menyara hidup. Dibiarkan jenazah dalam keadaan bogel selepas itu. Kalau jenazah itu seorang wanita cantik, hamba Allah ini akan setubuh jenazah tersebut, dan perkara ini telah diketahui oleh sahabat Rasulullah SAW akan perbuatannya.

Pada suatu hari hamba Allah ini meninggal dunia, tidak seorang pun sahabat-sahabat Rasulullah SAW mahu menolong atau membantu untuk menguruskan pengebumian jenazah hamba Allah ini kerana terlalu banyak melakukan dosa semasa hidupnya. Mendengar akan perkara ini Rasulullah SAW pergi menguruskan jenazah hamba Allah ini.

Semasa mengusung jenazah hamba Allah ini ke tanah perkuburan, sahabat-sahabat melihat dari jauh dan ternampak Rasulullah SAW terlompat-lompat semasa mengusung jenazah ke tanah perkuburan.

Selepas selesai Rasulullah SAW mengurus jenazah hamba Allah ini, maka sahabat-sahabat pun bertanya mereka kepada Rasulullah SAW.

"Ya Rasulullah, kenapa semasa Ya Rasulullah SAW mengusung jenazah hamba Allah itu, kami nampak Ya Rasulullah terlompat-lompat, Maka Rasulullah menjawab! Semasa mengusung jenazah hamba Allah itu, sekalian malaikat berebut-rebut untuk mengusung jenazahnya kerana hamba Allah ini adalah ahli syurga"

Terkejut semua sahabat-sahabat. Rasululah SAW memberitahu kepada sahabat-sahabatnya. Dalam masa hidupnya, dalam setahun, dalam bulan Rejab hamba Allah ini tidak melakukan maksiat, malah beliau hanya melakukan solat taubat dan memohon keampunan kepada Allah SWT atas perbuatannya. Maka Allah SWT pun mengampunkan segala dosa-dosanya sebelum beliau mati.

Jadi sebesar-besar mana pun dosa kita dengan Allah SWT nescaya diampunnya. Tidak termasuk dosa-dosa sesama manusia tidak diampun oleh Allah SWT jika selagi seseorang itu tidak diampun oleh insan lain. Jadi mulai saat ini marilah kita sama-sama melakukan solat taubat sebelum terlambat. Jika terdaya lakukan tiap-tiap siang atau malam jika kesempatan selama sebulan.
----------------------------------------------------------------------
Cara menyempurnakan Solat Sunat Taubat

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya:

Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat :

1. Ikhlas ingin bertaubat
2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
a. Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrimutk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail

b. Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)

c. Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran atau Ayat Kursi (11 kali).

d. Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.

e. Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),






Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

f. Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,


Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

g.dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,


Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”