Sabtu, 05 Juni 2010

Ganjaran orang bertaqwa dan Gurauan Yang Dituntut Oleh Islam


anjaran orang bertaqwaDAN
(sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang
sungguh bertaqwa, yang mendermakan hayatnya dengan tujuan membersihkan
dirinya dan harta bendanya. (Al-Lail : 17-18)Huraian:Manusia
dicipta oleh Allah s.w.t. dengan pelbagai tabiat, kecenderungan, minat
dan pandangan yang berbeza antara satu dengan yang lain.Begitu juga dengan amal usaha mereka di mana sebahagian daripadanya banyak melakukan kebaikan dan amal soleh.Mereka juga berusaha meningkatkan ketaqwaan kepada Allah dari masa ke masa.Sedangkan
sebahagian lagi suka membuat perkara-perkara mungkar yang membawa
kepada kerosakan dan kehancuran akibat terlalu mengikut nafsu dan
perasaan.Amat beruntung mereka yang tinggi tingkat keimanan dan
ketaqwaannya kepada Allah kerana balasan dan ganjaran yang dijanjikan
adalah syurga yang kekal abadi.Di samping itu, mereka juga merasa nikmat ketenangan jiwa dan kelapangan dada dalam kehidupan di dunia lagi.Sikap
pemurah yang ditunjukkan dalam membelanjakan harta ke jalan Allah
dilakukan dengan penuh ikhlas, tanpa paksaan dan tidak mengharapkan
balasan.Dengan mengeluarkan sedekah, derma dan zakat kepada
orang yang layak dapat membersihkan diri daripada perasaan takbur,
sombong, bermegah-megah dan riak, di samping akan menyucikan dan
menyuburkan lagi harta benda mereka tanpa disedari.Cara ini juga dapat membangunkan sosio-ekonomi umat Islam seterusnya melahirkan persekitaran yang harmoni dan tenteram.Firman Allah s.w.t. dalam surah at-Taubah ayat 103 yang bermaksud:Ambillah
(sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya
dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan mensucikan
mereka (daripada akhlak yang buruk).Kesimpulan:Orang
Islam digalakkan bersedekah dan saling tolong menolong agar pengagihan
harta kekayaan dapat dibahagikan dengan saksama, seterusnya merangsang
perkembangan ekonomi masyarakat Islam.Di samping itu mereka yang bertaqwa dan beramal soleh akan mendapat ganjaran setimpal dan dijauhkan daripada seksaan api neraka.Sedangkan mereka yang berbuat sebaliknya mendapat balasan pedih di akhirat.Gurauan Yang Dituntut Oleh IslamSELAIN
mengumpat, satu daripada bencana yang dilakukan oleh lidah manusia
ialah gurauan. Termasuk dalam istilah gurauan ini ialah kelakar,
melawak, olok-olok dan berjenaka. Abdus Samad Falembani dalam kitab
Hidayatus Salikin menyebut gurauan sebagai ''al-mizah''.Beliau
membawa hadis Rasulullah yang bermaksud; "Jangan engkau bantahi
saudaramu dan jangan engkau perguraukan dia." (Hidayatus Salikin: 170).
Menurut Imam al-Ghazali, bergurau itu ditegah syarak kerana ia membawa
kepada banyak tertawa.Banyak tertawa itu mematikan hati dan boleh ''menanggalkan'' hati.
Paling dahsyat, menurut beliau, ia boleh membawa atau mendorong kepada
perbuatan derhaka. Ini berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud;
"Seseorang lelaki yang berkata dengan suatu perkataan supaya rakannya
tertawa maka dia dijatuhkan ke dalam neraka selama 70 tahun." Imam
Ghazali menasihatkan supaya manusia menjaga lidahnya daripada
berkata-kata untuk menimbulkan gelak ketawa.Kata-kata gurau senda sebenarnya boleh menghilangkan malu seseorang.
Ini kerana dalam mencari bahan ketawa, manusia sanggup membuat cerita
bohong dan tidak munasabah. Untuk mereka-reka bahan lucu, mereka
membuat cerita yang ganjil dan tidak masuk akal dan kebanyakannya
cerita dusta. Inilah puncanya orang yang membuat kelakar boleh hilang
malu. Pada hakikatnya malu senjata orang beriman. Malu adalah alamat
atau tanda orang yang beriman.Yang paling mengaibkan, sebahagian
daripada kita suka membawa cerita lucah atau separuh lucah dalam
perkataan semata-mata untuk menimbulkan gelak ketawa orang lain. Rasulullah
bersabda bermaksud; "Malu adalah cabang daripada iman." Dalam sabda
lain, baginda menyatakan; "Malu dan iman seganding. Apabila terangkat
salah satu daripadanya maka terangkatlah kedua-duanya." Dapat difahami
daripada hadis ini, jika seseorang itu hiasaan malu daripada
dirinya maka hilang jugalah imannya.Namun begitu, bergurau ala kadar dibolehkan.
Bagi sesetengah orang yang tidak tahan bergurau mungkin menimbulkan
persengketaan atau perkelahian. Maka ini bertentangan dengan kehendak
Islam. Firman Allah bermaksud; "Sesungguhnya orang beriman itu adalah bersaudara maka perbaikilah hubungan antara kedua-duanya." (al-Hujurat: 11). Justeru, elakkanlah bergurau, bersenda melampaui batas perasaan atau pemikiran rasional supaya ukhuwah sesama kita tetap terpelihara.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar