Sabtu, 05 Juni 2010

Maksiat Dan Cara-Cara Meninggalkannya

ISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.Meninggalkan maksiat adalah lebih berat daripada mengerjakan taat (yangdiperintah oleh Allah dan Rasul Nya), kerana mengerjakan taat senang dibuatoleh setiap orang tetapi meninggalkan syahwat (maksiat)hanya dapatdilaksanakan oleh para siddiqin (orang-orang yang benar.Rasulullah S.A.W. bersabda : "Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialahorang yang berhijrah dari kejahatan. Dan mujahid yang sebenarnya ialah orangyang memerangi hawa nafsunya."Apabila sesaorang melakukan sesuatu maksiat, maka sebenarnya ia melakukanmaksiat itu dengan menggunakan anggota badan nya, bermakna ianya telahmenyalahgunakan nikmat anggota yang dianugerahkan dan mengkhianati terhadap amanah yang telah diberikan kepada nya.Rasulullah
S.A.W. bersabda : "Maka kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan
ditanyai akan kepimpinannya". Riwayat Bukhairi dan Muslim dari IbnuUmar R.A.Semua anggota akan menjadi saksi diatas segala perbuatan di Padang Mahsyar.Firman Allah S.W.T : "Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah keatas kamu olehsegala lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamuperbuat (di Dunia dahulu)." - Surah An Nur : Ayat 24."Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakapkepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami kaki-kakimereka terhadap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu)." SurahYassin : ayat 65.1)Menjaga MataPeliharalah mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempuan yangbukan mahram, melihat gambar-gambar lucah, melihat orang lain denganpandangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain.2)Menjaga TelingaMenjaga telinga daripada mendengar perkara bida''ah, perkataan-perkataan yangjahat, perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban / kejahatan orang lain.Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorangyang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa)dengan orang yangberkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yangmengumpat."3)Menjaga lidahLidah adalah anggota yang paling berkesan keatas diri sendiri dan jugaterhadap orang lain. Berapa ramai nanti manusia yang akan dihumban kedalamapi neraka dengan sebab jenayah lidah mereka.Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya sesaorang itu terkadang bercakapdengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa darisebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataan nya itu akanmenyebabkan dirinya dihumbankan kedalam api neraka selama tujuh puluhtahun." - Riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A.Jagalah lidah mu dari perkara-perkara seperti bercakap bohong, mungkirjanji, mengumpat, bertengkar / berdebat / membantah perkataan orang lain,memuji diri sendiri, melaknat makhluk Allah, mendoakan celaka bagi oranglain dan bergurau / memperolok atau mengejek orang lain.4)Menjaga perutMemelihara perut daripada memakan makanan yang haram atau yang syubahat ATAU berlebihan dalam memakan yang halal.5)Menjaga KemaluanMenjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharam kan oleh Allah S.W.T.Firman Allah S.W.T. :"Dan mereka yang selalu menjaga kemaluan mereka,kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau apa-apa yang mereka miliki(daripada hamba jariah) maka mereka tidak tercela." Surah Al Mukminun : Ayat5-6.6)Menjaga Dua TanganMenjaga
kedua tangan daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai
sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah atau
menulis sesuatu yang diharamkan atau menyakiti perasaan orang lain.7)Menjaga Dua KakiMemelihara kedua kaki dari berjalan ketempat yang diharamkan atau berjalanmenuju kepada pemerintah yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan keranadianggap menghormati diatas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh kitaberpaling daripada orang yang zalim.Firman Allah S.W.T. : "Dan jangan kamu cenderung hati kepada orang yangzalim, nanti kamu akan disentuk oleh api neraka." - Surah Hud : ayat 113.Kesimpulannya
: Apabila kamu menggunakan anggota tubuh kamu bagi tujuan yangain
daripada yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T. bermakna kamu tidakbersyukur(kufur)terhadap nikmat yang diberikan Nya kepada kamu.Sabda Rasulullah S.A.W. : "Orang yang cerdik ialah orang yang selalumemperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati,sedangkan orang yang Ahmaq (bodoh)ialah orang yang selalu mengikut hawanafsunya
dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah S.W.T. (berangan untuk
mendapatkan kebaikan diakhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu
beramal atau bertaubat). - Riwayat At Tirmizi.Petikan dari Bidayatul Hidayah (Imam Al Ghazali) - Jazakumullahu khairanSesungguhnya yang baik itu daripada Allah dan sebarang salah dan khilaf,disengaja atau tidak adalah daripada saya sendiri... Mudah-mudahan ianyadapat dijadikan panduan dalam mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. WabiLlahiTaufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh.."Aku tinggalkan dikalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akansesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua nya, iaitu kitab Allah danSunnah Rasulullah S.A.W." - (Imam Malik)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar