Sabtu, 05 Juni 2010

Memastikan Kasih Sayang dalam Perhubungan atau Perkahwinan Sentiasa Membara

emastikan Kasih Sayang dalam Perhubungan atau Perkahwinan Sentiasa Membara
Di sini ada satu soalan yang menarik. Pernahkah anda mempunyai sesuatu yang perlu dibuat tetapi anda tidak ada tenaga untuk melakukannya? Setiap orang ada dilema itu pada satu masa atau masa lain jadi kami pasti anda faham apa kami perkatakan? Ini juga berlaku dalam pelbagai aspek hidup kami seperti di rumah, tempat kerja dan terutamanya dalam kehidupan kami. Kami mahu lebih tetapi kami masih menghadapi cabaran untuk mencipta lebih cabaran yang lain. Pada arah ini, di sini ada satu soalan yang penting daripada seorang daripada pelanggan risalah kami yang memperkatakan tentang pengalaman beberapa pasangan .
"Kami berdua bekerja keras dan telah membesarkan 3 orang anak. Mereka sudah dewasa. Kami masih dalam keadaan sihat tetapi menjadi letih pada akhir hari/minggu. Macam manakah kami dapat mencari tenaga untuk memastikan percintaan kami sentiasa membara? Apabila kami berdua berbincang tentang persoalan ini, satu cerita oleh seorang guru motivasi yang terkemuka Zig Ziglar muncul di pemikiran. Kami hendak berkongsi cerita ini untuk mengemukakan sesuatu pendapat. Bayangkan seseorang telah datang kepada anda dan menyatakan bahawa mereka hendak memberikan sesuatu percutian idaman anda yang percuma ke sesuatu destinasi yang anda mahu pergi. Contohnya, adakah anda akan mencari jalan untuk berehat dari bekerja untuk beberapa hari dan keputusan ini perlu dibuat dalam masa yang singkat? Jikalau percutian ini adalah satu-satunya peluang dalam hidup anda, kami jangka bahawa kamu akan melepaskan diri daripada sebarang kerja dan mengaturkan semula tugasan dengan mengetepikan kerja yang biasanya anda tidak buat supaya anda boleh pergi. Cerita ini ialah satu contoh tentang perubahan dalam perhubungan.
Apa yang sebenarnya berlaku ialah apa yang anda tumpukan, memberikan keutamaan dan memberi komitmen dalam hidup anda. Ini adalah satu contoh praktikal dalam hidup kami yang kami ingin kongsikan….. Satu daripada sasaran perkahwinan kami ialah sentiasa menperdalami persefahaman kami supaya kasih saying dalam perhubungan kami sentiasa membara. Satu cara ialah dengan membaca buku bersama-sama dan berbincang tentang idea-idea yang penting dalam hidup kami. Jadi, pada permulaan tahun ini, kami bersetuju untuk membaca, berbincang dan berkomunikasi dengan satu sama lain satu atau dua petang dalam seminggu selepas bekerja. Kami tidak akan membiarkan hidup dan kekecohan daripada menguasai keutamaan kami. Ini adalah beberapa idea yang anda akan mencari masa untuk menghidupkan dan memastikan percintaan anda sentiasa ada dalam perhubungan anda.
1. Tentukan apa yang anda memang mahu. Kalau anda mahu memastikan kasih saying ini sentiasa membara, anda perlu mencari apa yang akan menolong ini berlaku. Berbincang tentang apa yang anda berdua mahu untuk mendapat komunikasi yang berkesan dan seterusnya, memastikan kasih sayang sentiasa membara. Anda tidak boleh tuduh-menuduh atau berpihak kepada diri sendiri.
2. Tumpukan kepada akibat yang positif. Anda perlu sentiasa ingat visi anda. Ini adalah supaya anda ada tenaga untuk sentiasa mara ke depan untuk mencapai matlamat anda boleh tuduh-menuduh atau menjadi stikan perhubungan ini sentri\u. n percintaan anda sentiasa ada dalam perhubungan aea-idea yang penting hubungan. yang biasanya anda tidak buat supaya anda boleh pergi. sebar ini untuk mengemukakan sesuatu pendapat. Bayangkan seseorang .
3. Menjadikan misi sesuatu pengalaman yang menyeronokkan dan bukan sesuatu yang anda perlu buat. Ingatlah cerita percutian itu. Perkara ini adalah sama dengan kemesraan dan persefahaman. Ia harus memberikan perasaan yang bagus supaya anda boleh mencari aktiviti yang boleh merapatkan anda berdua dan bukan aktiviti yang tidak memberikan apa-apa. Keletihan akan lenyap apabila ada ganjaran.
Dari hidup kami, kami dapati bahawa anda boleh membiarkan orang lain atau situasi mempengaruhi anda atau anda sentiasa boleh mencipta peluang itu sendiri. Pilihan ini di dalam tangan anda. Pada hari ini dan pada saat ini, kami mempelawa anda untuk memilih apa yang akan membuat kasih sayang dalam perhubungan anda sentiasa membara, sama ada untuk perhubungan anda atau hidup anda. Susie and Otto Collins adalah Pasangan Berkahwin Jurulatih dan Penulis yang Hidup Bersama dengan Gembiranya. Mereka mempunyai komitmen untuk membantu orang lain supaya menjadi lebih sedar, bersefahaman, sayang-menyayangi di antara satu sama lain.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar